Bissmilahhirrahminrrahim...
“Ya Allah, kau ampunilah aku hambaMu
yang selalu melakukan dosa,yang leka dengan permainan dunia, kau kuatkan imanku
ya Allah , jadikanlah aku antara hamba-hambaMu yang soleh dan takwa.. Aaamin”
Assalamualaikum...
Alhamdullillah
habis selesai baca doa itu tadi, Semoga Allah makbulkannya, In Sha Allah.. Aaamiinn..
Memang
Manusia dekat dalam dunia takde langsung yag sempurna kecuali Nabi Muhamad
SAW.. Nabi yang lain semua pernah melakukan dosa dan tidak sempurna, seperti
Nabi Adam As, Nabi Musa As dan lain-lain, korang tahu tak cerita nabi adam AS ?
Apabila nabi dan isterinya dihasut oleh syaitan untuk memakan buah yang
dilarang oleh Allah SWT, dan diturunkan dibumi, selepas itu nabi memohon ampun kepada
Allah , dan Allah mengampuninya, Apabila telah lama nabi Adam As hidup, Nabi
dapat tahu yang ada nabi lain akan menggantikan tempatnya, iaitu nabi Idris As,
dan selepas itu Nabi Adam memohon agar dipanjangkan/menambah umur nabi idris
sebanyak 40 tahun. Apabila sudah tiba umur nabi 960tahun, lalu malaikat maut
datang untuk mengambil nyawaNya, lalu nabi Adam berkata” Bukankah aku mampu
hidup 1000 tahun?”lalu malaikat berkata, adakah engkau lupa
pada ketika dahulu engkau telah memohon kepada Allah supaya memanjangkan
umur Nabi Idris bertambah sebanyak 40 tahun?”
Memang
ketika itu Nabi Adam As lupa
Dan
dalam kisah itu tadi Nabi Muhammad SAW telah bersabda.. “Begitu jugalah dengan
cucu Nabi Adam, seorang yang pelupa dan sering melakukan dosa”
Jadi
apa yang kita perlu buat ? ini memang takdir yang nyata takde sesiapa pun yang
sempurna, dan tidak terlepas dari melakukan dosa.. Marilah kita bersama
merajinkan diri kita bertaubat, beristighfar dan memohon ampun kepada Allah