Friday, January 23, 2015

UJIAN ALLAH




Bissmilahirahmanirrahim...

Heishh ! sumpah aku benci hidup macamni, semua aku nak tak dapat , semuanya tak kena ! kenapa Tuhan  tak adil !Orang lain bahagia, nak apa semua dapat. Dah lah aku tak mintak nak dilahirkan  dekat  dunia ni. Bencinya , kenapa aku ?!! kenapa tak orang lain ?!!
Assalamualaikum. .
Nak tanya , pernah ke korang hadapi situasi macamni , Err maksud saya macam bila Allah uji kita dengan dugaan dan sebagainya kita cakap macamni, “Contoh”.. Allah tak adil, kenapa aku ?!!...”  haa Pernah ke?
Kalau ada sesiapa yang ada cakap macam apa yang atas dekat tu, cepat cepat lah istighfar, mohon ampun dengan Allah,
Sebenarnya bila Allah S.W.T uji kita maknanya dia sayang dengan kita , Allah rindu dengan kita , Allah nak kita mengadu dekat Dia, Allah nak kita ingat dekat dia, Allah ni maha pengasih dan maha penyanyang. Allah tak kejam, Apa yang berlakunya semua ada hikmah
Kadang-kadang apa yang terjadi dekat kita semua dengan ketentuan Dia dan dengan izin dia, Kawan-kawan, hidup ni bukan tempat untuk kita bahagia, tempat untuk kita bahagia bagi seorang Islam ialah Akhirat yang kekal buat selamanya,
Jadi bila kita diuji, kita janganlah sesekali merungut, mengeluh dan buruk sangka dengan Allah, Ingat Orang yang paling berat Diuji oleh Allah ialah Para Rasul dan nabi , kemudian wali wali Allah, kemudian barulah orang yang hebat dengan Allah
Ujian Allah bergantung kepada Darjat seseorang terhadap Allah...
Kenapa kita nak marah bila Allah uji kita? Sedangkan Allah dah banyak  bagi kita Nikmat, contohnya.. Makanan , minuman, tempat tinggal, duit, pakaian , anak , isteri dan sebagainya, kalau nak dikira, banyak sangat!! Tapi kenapa kita tak bersyukur?
Alhamdullillah kita rakyat Malaysia ni ada yang cukup makan, hidup Aman daripada negara saudara seislam kita Palestin, bersyukur lah ye, sentiasa ucapkan Alhamdullillah. Ok ?

Sekian sahaja daripada saya hamba Allah yang tak seberapa , yang baik datang daripada Allah, yang buruk datang daripada saya sendiri, hihi Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment

for those who have read please leave your comment c;