Friday, January 23, 2015

Manusia tidak sempurna...



Bissmilahhirrahminrrahim...
“Ya Allah, kau ampunilah aku hambaMu yang selalu melakukan dosa,yang leka dengan permainan dunia, kau kuatkan imanku ya Allah , jadikanlah aku antara hamba-hambaMu yang soleh dan takwa.. Aaamin”
Assalamualaikum...
Alhamdullillah habis selesai baca doa itu tadi, Semoga Allah makbulkannya, In Sha Allah..  Aaamiinn..
Memang Manusia dekat dalam dunia takde langsung yag sempurna kecuali Nabi Muhamad SAW.. Nabi yang lain semua pernah melakukan dosa dan tidak sempurna, seperti Nabi Adam As, Nabi Musa As dan lain-lain, korang tahu tak cerita nabi adam AS ? Apabila nabi dan isterinya dihasut oleh syaitan untuk memakan buah yang dilarang oleh Allah SWT, dan diturunkan dibumi, selepas itu nabi memohon ampun kepada Allah , dan Allah mengampuninya, Apabila telah lama nabi Adam As hidup, Nabi dapat tahu yang ada nabi lain akan menggantikan tempatnya, iaitu nabi Idris As, dan selepas itu Nabi Adam memohon agar dipanjangkan/menambah umur nabi idris sebanyak 40 tahun. Apabila sudah tiba umur nabi 960tahun, lalu malaikat maut datang untuk mengambil nyawaNya, lalu nabi Adam berkata” Bukankah aku mampu hidup 1000 tahun?”lalu malaikat berkata, adakah engkau lupa pada ketika dahulu engkau telah memohon kepada Allah supaya memanjangkan umur Nabi Idris bertambah sebanyak 40 tahun?”
Memang ketika itu Nabi Adam As lupa
Dan dalam kisah itu tadi Nabi Muhammad SAW telah bersabda.. “Begitu jugalah dengan cucu Nabi Adam, seorang yang pelupa dan sering melakukan dosa”
Jadi apa yang kita perlu buat ? ini memang takdir yang nyata takde sesiapa pun yang sempurna, dan tidak terlepas dari melakukan dosa.. Marilah kita bersama merajinkan diri kita bertaubat, beristighfar dan memohon ampun kepada  Allah

No comments:

Post a Comment

for those who have read please leave your comment c;